Friday, 31 August 2007

Buat semua pembaca khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya,

"Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-50"


"Merdekaa... merdeka... merdeka..."

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Thursday, 30 August 2007

Aku selitkan entry ni buat tatapan semua...

Aku tak tahu kenapa, sejak akhir2 ni aku amat tertarik dengan penyampaian iklan dikaca tv yang disiarkan setiap hari... Lebih2 lagi iklan yang berkaitan dengan kemerdekaan... Ada waktu, aku cukup tersentuh dengan isi kandungan dan mesej yang diketengahkan... Cukup mendalam maknanya! Ada yang sedih, ada yang gembira... Kadang2 aku tersenyum bila melihat telatah pelakon iklan tersebut (yang rata ratanya kanak kanak) dan ada waktu aku rasa sayu melihat apa yang dipaparkan... Hakikat kehidupan sebenar masyarakat didalam negara kita...

Aku tak tahu pada kalian, tapi bagi aku iklan2 dibawah ni cukup bagus untuk dinilai dan harus diberi perhatian terutamanya pengajaran yang cuba disampaikan...

Iklan 1:-

Iklan "Kasut Gombak"... Ni lah iklan merdeka yang pertama sekali yang pernah aku tengok.. Dan inilah pertama kali aku rasa best bila tengok iklan yang bertemakan kemerdekaan... Tahu kenape? Sebab karektor Vaneeda yang selamba tu... Tulah, buat ape nak malu dengan apa yang kita ada??? Iklan ni dihasilkan dan ditaja oleh Petronas


Iklan 2:-


Yang ni pulak, iklan tahun yang selepas tu... Oklah, jugak...


Iklan 3:-


Aku tak ingat iklan ni tahun berapa, tapi hakikatnya aku suka tengok iklan ni... Kelakar gak especially part rombongan pengantin terjun masuk dalam sungai bila diserang tebuan... Kah.. kah.. kah.. kah... Kesian...


Iklan 4:-

Iklan ini banyak memberikan kesedaran kepada kita secara tidak langsung... Hargai budaya dan paling penting, hargai RAKAN anda!


Iklan 5:-

Iklan paling cute yang pernah aku tengok! Selambe betul budak ni berlakon... Gayanya yang bersahaja membuatkan aku tak lepas pandang dari kaca TV... Paling best bila budak ni sendawa... Membuatkan aku tergelak besar!...


Iklan 6:-

Iklan ni bagus! Banyak mesej dan pengajaran yang ditampilkan... Aku cukup kagum melihat orang cacat yang mampu membina kerjaya dan kehidupan yang selesa... Bayangkan dia seorang cacat anggota mampu memiliki segalanya, bagaimana pula kita yang lengkap serba serbinya?? Fikir2kan... Ingat, "jalan mesti kedepan, bukannya kebelakang..."


Iklan 7:-

Kenape? Terkejut??? Itulah, "Malaysia, Truly Asia..." Heheheheheeeeeeee...



Iklan 8:-

Satu lagi iklan yang aku suka... Cute betul budak2 ni... Yang paling tak tahan bila dia orang sepeking English... Very the cute one!!!


Iklan 9:-

Aku tengok iklan ni, aku teringat masa aku kecik2 dulu... Kelakar sangat iklan ni... Cute! Cute2 pun, banyak pengajaran tu!! Cayalah Adibah Noor! Tabik springggggggg....


Iklan 10:-

Masa memula aku tengok iklan ni, aku ingat dia nak promo jenama kereta baru... Takde sikit pun nak cakap pasal merdeka sampaila kehujung iklan tu, baru tau... Ya, kenapa TIDAK??? :)



Gitulah antara iklan yang sempat aku cedok dari YouTube... Menarik gak bila dapat tengok iklan2 ni balik kan? Kalian suka iklan yang mane satu? Aku suka Iklan No. 6 sebab iklan tu banyak memberi kesedaran betapa bertuahnya aku... Orang lain mungkin kurang serba serbi tapi mampu berjaya dalam hidup masing2... Aku yang ada segala galanya sudah pasti boleh pergi lebih jauh! Bila diamati, banyak lagi faktor mengapa aku memilih iklan itu sebagai antara iklan terbaik yang pernah aku tengok... Thanks to Petronas kerana menghasilkan iklan ini...

Ada banyak lagi iklan menarik yang ada tapi aku tak boleh nak letak semua kat sini... Nanti panjang berjela pula entry kali ini... Kalau kalian nak tengok, boleh lah lawat YouTube dan tengok dari situ....


Wednesday, 29 August 2007

Adehh...

Turun, naik... Sana, sini... Depan, belakang... Kiri, kanan...

Aku dihurungi dengan kerja2 yang memang tak pernah habis... Tapi aku redha kerana itulah kehidupan aku selama ini... Bekerja dan terus bekerja tanpa menghiraukan keadaan sekeliling... Terukkan aku???

Today, aku kena attend satu meeting untuk majlis Jumaat depan... Quite big la jugak event tu... Banyak preparation yang nak kena buat... Aku pernah dan boleh handle big event cuma yang menjadi persoalannya ialah adakah aku mempunyai masa yang cukup untuk handle semua tu? Kehidupan kerjaya aku sekarang seolah olah tidak mengizinkan aku untuk melakukan aktiviti seperti dulu... Kadang kala, aku terpaksa mengorbankan masa untuk diri sendiri semata mata untuk menyelesaikan kerja yang tak pernah putus ini...

Memang, kalau kawan baik aku, dah lama dah kena maki! "Buat ape jadi hamba kerja???"

Itulah antara statement yang keluar dari mulut dia... Cakap memang le senang, cuma orang yang melalui saja yang merasainya... Dulu, aku selalu tegur orang pasal semua ni, tapi sekarang aku sendiri yang mengalaminya... Padan muka aku!

Ternyata, bila kita melangkah kealam kerjaya, semuanya akan berubah... Baik diri kita mahupun kehidupan kita sehari hari... Kalau elok, maka berbahagialah... Tapi kalau sebaliknya, pasti akan merana sepanjang masa... And then, kalau tak kuat, tok sah le nak cari nahas... Tu yang ramai member aku quit dan join company lain...

Gitulah kalau kerja makan gaji... Kena ikut rentaknya... Bila fikir2 balik, sampai bila?

Setakat ini, aku masih lagi boleh bertahan... Cuma aku perasaan, muka aku dah cengkung sikit dan badan aku dah susut... Tengahari tadi, waktu lunch kat Mid Valley, aku saje timbang berat badan aku... "Huh !!!! Dah turun 5 kilo !!!!" Adehhhhhh.... parah, parah...... Tak boleh jadi nih...


Tuesday, 28 August 2007

Aku sampai awal pagi ni...

Pukul 7.00 aku dah berada depan PC aku... Padan muka... Takut nanti jadi macam semalam, naya... Aku tak sanggup dah!

Sampai office, aku tak tahu nak buat ape... Mata masih ngantuk (ade pening2 sikit)... Nak gie sarapan, food court kat bawah tu baru aje bukak pintu kedai... Ape pun takde... Perut dah 'menjerit jerit' mintak di isi... Adehhh.... Terpaksalah aku korek segala isi kandung drawer kalau2 ada bahan makanan... Nasib baik ade biskut kering (stock hari Jumaat lepas) yang aku simpan... "Leh cecah ngan air milo ni...."

Sementara tunggu pukul 8.00, aku belek2 la surat khabar atas meja aku... Semalam ambik dari lobi (maklumlah, surat khabar free) tapi tak sempat nak baca... Sempat tengok gambar2 aje... Belek punya belek, rata2 banyak cerita pasal kemerdekaan dan berita tempatan... Ha ah, lagi 2 hari aje kita nak merdeka... Merdeka lak, bukan calang2 merdeka... Tahun ni, dah 50 tahun kita merdeka! Bestnyeeeeee....

And then, aku teringat satu perkara... Aku sepatutnya nak publish satu entry pasal merdeka... Tapi sampai la ni, tak buat2 jugak! Adehhhh... Bila lah aku nak start buat ni... Dah ler banyak entry aku tak buat (which high possibility of backdating), nak lawat blog kawan2 pun aku takde masa... Ada banyak favourite blog yang aku save tapi dah lama aku tak gie jenguk... Sian dia orang... Mesti dia orang fikir aku dah tak minat nak baca entry dia orang... Kalau tak pun, mesti ada something yang dia orang fikir... :(

I'm so sorry... Niat dihati memang nak lawat.. But the fact is, aku bangun pagi, siap terus gie kerja... Balik kerja, langsung tak tengok internet... Dulu selalu aku update laman aku waktu malam.. Tapi sekarang, waktu malam mata aku berat sangat... Lepas Isyak, kelopak mata ni dan tak boleh nak angkat lagi dah... Terus nak 'zzzzzzzzzzzzz'


Monday, 27 August 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Gambar2 diatas merupakan antara yang sempat aku ambil semalam...

Untuk pengetahuan kalian, tidak lama lagi aku akan bermastautin disatu penempatan baru dan gambar yang diambil ini adalah contoh kediaman yang telah aku beli...

Sebelum ini, aku tidak berkesempatan untuk melihat sendiri bentuk asal kediaman baru aku... Cuma aku dapat gambarkan melalui lakaran pelukis dan model yang dibina dipusat jualan.. Sekarang, bila model contoh sebenar siap dibina, barulah aku mendapat idea yang sepenuhnya...

Rasa seronok dah happy bila melihat dengan mata kepala sendiri... Begitu indah tersergam! Aku cukup suka dengan rupa bentuknya yang moden... Bila masuk aje, otak aku ligat berfikir bagaimana aku ingin menghias dan melengkapkan isi kandung dalam kediaman aku ni...

Tak sabar rasanya ingin berpindah, tapi unit aku tu masih lagi dalam pembinaan... Baru 35% siap...

Insya Allah, jika tiada halangan aku akan mendiami kediaman yang aku beli hasil titik peluh sendiri pada penghujung tahun 2008... Syukur, alhamdulillah...

Setakat ini, semua aku dah ada... Cuma yang takde, teman sehidup semati aje (jangan tanya bila lagi dan siape *lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii)... Heheheheheeeeeee...

Nota kaki:-
Pada sesiape yang nak membeli rumah tu, bagitau la aku... Aku boleh kenen2 kan...


Tension!! Tensionnn !!!!

Rasa macam nak menjerit aje dalam kereta tadi...

Aku bukanlah jenis yang suka buat hal lebih lebih lagi bab2 kerja ni... Pagi ni, buat pertama kali dalam sejarah kerjaya aku, aku lambat sampai ke office..

Kalian nak tahu pukul berapa aku sampai kat office?

Pukul 9.15 pagi... Waktu kerja aku mula pada pukul 8.45... Setengah jam aku terlewat...

Sebenarnya, aku lambat bukan sebab aku sengaja lambat... Aku bertolak dari rumah pukul 7.20 pagi dan selalunya akan sampai office dalam pukul 8.00... Kadang2 tu, aku sampai pukul 7.45 camtu dan sempatlah sarapan pagi sebelum mula kerja... Itulah rutin aku setiap hari bekerja...

Tapi hari ini, aku pecah rekod sebab lewat... Semuanya gara2 jalan yang ditutup sempena raptai penuh hari merdeka... Adehhh... Orang lain yang sibuk raptai, aku lak yang jadi mangsa... Biasanya kalau jalan tutup, route perjalanan aku memang takkan affect sebab aku memang tak lalu kat pusat bandar (Dataran Merdeka)... Tapi bila dah dekat sampai kat office (nampak aje bangunan pejabat aku kat seberang jalan), banyak lak kenderaan yang tersangkut kat situ... Sana, sini tak bergerak... Dekat sejam lebih aku duduk kat atas jalan yang sama... Mengesot esot perlahan... Dah ler kereta aku tu manual... Rasa macam nak tercabut aje kaki aku ni tekan pedal clutch!

Rasa sedih sangat sebab tak dapat mempertahankan rekod bersih yang aku bina sebelum ni... Habis rosak reputasi aku!

Bila sampai aje, aku dapat lihat seorang demi seorang masuk dengan muka 'toye'... Lambat dipagi Isnin... :)


Wednesday, 22 August 2007

Aku mohon maaf kerana jarang update blog aku akhir2 ini... Again, aku memang tidak mempunyai banyak masa untuk menaip walaupun semenjak kebelakangan ni terlalu banyak perkara yang berlaku serta cerita2 menarik yang boleh dipaparkan... Rasa geram juga...

Aku cuba untuk mencuri masa tetapi agar sukar untuk aku meluangkannya untuk melawat dan membaca blog rakan2 yang lain... Diharap kalian semua faham dan aku doakan semoga kalian semua sihat dan ceria sentiasa...

Aku akan kembali lagi!...........


Wednesday, 15 August 2007

Sebagai menyahut seruan kerajaan (bersemangat nih!), aku dengan bangganya melekatkan "Jalur Gemilang" diatas screen komputer kat office aku nih...

Rasa seronok sangat bila tengok Jalur Gemilang ni dok atas screen sebelah Mr. Croopy... Seolah olah, Mr. Croopy tengah pegang Jalur Gemilang... Heheheeeee...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku beli Jalur Gemilang ni kat kedai buku area Telawi, Bangsar minggu lepas... RM 1.30 seunit... Memandangkan Hari Kemerdekaan akan menjelang tiba tidak lama lagi, aku rasa sesuai sangat gantung bendera ni kat kawasan yang aku selalu duduk... Pulak tu, tahun ni negara kita sudah mengecapi kemerdekaan untuk ke-50 kalinya (Jubli Emas dan negara kita merdeka), jadi aku rasa sebagai tanda terima kasih dan sokongan yang padu, aku kena tunjukkan semangat patriotisme aku pada semua orang...

Aku ade la tengok department lain gantung2 bendera... Rasa meriah lak...


P/s:-
Pasni nak gantung bendera kat kereta aku lak... Bendera dulu dah buruk (sebab kena hujan dan berjemur tengah panas... Batang bendera tu pun dah tercabut dah...) Nak kene gie kedai, carik...


Tuesday, 14 August 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dimanakah tempat ini? Pernahkah kalian melihatnya??

Nantikan coretan akan datang......................


Aku dapat 3 jemputan sekaligus...

Ketiga tiga jemputan ini merupakan jemputan ke majlis persandingan kawan kawan aku yang kesemua adalah bekas ex-officemate... Cuma yang seorang tu aje sepupu aku...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pening! Mane satu aku nak pergi... Kalau tak pergi, takut nanti ada yang berkecil hati... Kalau pergi jugak, entah sempat entah tidak... Majlis sepupu aku tu kat Wangsa Maju (which is very near to my house), yang seorang kawan aku tu kat Cheras Perdana dan seorang lagi kat Seremban...

Kesemuanya berlangsung pada hari yang sama; hari Ahad, 19 Ogos 2007... Tulah, mungkin sebab cuti sekolah kot... Pasal tu ramai buat kerja kahwin hari tu...

Maybe, aku akan dahulukan ahli keluarga aku kot... Satu, sebab dia adalah ahli keluarga aku dan keduanya rumah dia dekat ngan umah aku... Pakcik dan makcik siap datang umah hantar kad jemputan... Yang lain2 tu, cuma kirim dari kawan2 aje...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dah selesai, aku akan hantar mak ngan abah balik umah dan terus ke Cheras memandangkan lokasi tu adalah kedua terhampir dengan aku... Tengoklah, kalau sempat lagi, Insya Allah aku akan terus ke Seremban lak... Kalau tak, tak delah aku pergi kot... :)

P/s:-
Kalau ada diantara kalian yang nak naik pelamin dan nak jemput aku (Heheheheeeee... perasan) kalau boleh elak2kan lah time cuti macam ni... Susah gak orang nak datang... :)


Friday, 10 August 2007

Aku dapat info ni dari e-mel kawan aku...

Kesian, rasa sedih dan tak sampai hati aku melihat anak kecil ini... Aku tak pasti penyakit apakah yang dialaminya tapi dari apa yang aku faham, bapanya memerlukan bantuan dari segi wang ringgit bagi membolehkan anaknya dirawat secepat mungkin...

Antara isi kandungan e-mel yang dihantar: -


----- Original Message -----
From: Mohd Nizam
To: hamzah@hanshinfreight.com.my
Sent: Friday, August 03, 2007 4:08 PM
Subject: Tlg bantu kawan kita


Hamzah..

Hang tlg sebarkan message nie kat kawan kawan kita... tengoklah sapa sapa yg blh bantu rakan kita nie...

Donation semua hantar kat aku... aku akan uruskan segala perbelanjaan pembedahan..


"Mohamad Zafian Bin Zainol (Tel Number : 017 401 6386) is the Operations Supervisor based at BAX PEN Airport Warehouse. It is sad to hear that his newborn has a medical condition which needs immediate attention.

Seek kind of generosity of all friends to help another fellow . Any contribution from you will be greatly appreciated to ease Zafian's financial burden to pay for his son's medical expenses."


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



So, kalau ada yang ingin menderma, bolehla menghubungi: -

Encik Zafian Zainol (Bapa) : 017-401 6386
Encik Mohd Nizam : 012-486 2168

Office (Bax Global) : 04-651 7136


Semoga sumbangan dan bantuan yang dihulurkan akan diberkati olehNya... Amin...


Thursday, 9 August 2007

Masa teramatlah suntuk... Aku tidak pasti sama ada aku sempat untuk menyiap kerja kerja yang tempoh tamatnya lusa... Dari perkiraan aku, baru 30% siap... Ada lagi 70% lagi masih tergantung!

Adehh... Pening kepala aku dibuatnya... Banyak betul benda yang URGENT dan setiap satu memerlukan perhatian aku... Tambahan pula, rakan setugas tiada dipejabat... Seorang, cuti bersalin dan seorang lagi dah tak menang tangan nak melayan kerja2 yang ada...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku tawakkal ajelah pada Allah... Moga moga aku sempat siapkan kerja sekolah aku... Konon2 nya aku nak siapkan waktu lunch tadi, tapi tak sempat sebab kesibukan yang melampau... Terpaksa aku tangguhkan dan buat waktu lepas pejabat... At least, takde orang nak kacau aku buat kerja... Oklah, bergerak la sikit kerja2 tu... Tapi tak banyak mane pun siap... Bawak pulak balik ke rumah...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Esok, dah tak boleh nak completekan sebab aku nak kena berkemas... Sabtu, aku nak kena travel jauh... Barang, satu pun tak packing lagik! Adehhhhh....


Aku tak sempat nak buat entry ni sebelum ni... Tengah sibuk giler sekarang!...

Dua hari yang lepas, kat office aku telah berlangsung satu konsert yang dianjurkan Jabatan Shariah... Konsert yang diberi nama "Konsert Kesenian Islam" ini telah dijayakan oleh seorang artis merangkap pendakwah tempatan iaitu Ustaz Akhil Hayy... Mungkin ada diantara kalian yang pernah dengar nama ustaz ni dan ada yang tidak...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku suka dengar lagu2 yang dihasilkan dalam albumnya... Penuh keinsafan dan pengajaran... Dari segi persembahan dan suara, memang Ustaz Akhil tiada tandingan... Sedap bila mendengar alunan suaranya itu...

Satu office datang dan menyaksikan konsert yang berlangsung dekat hall office aku ni... Sampai tak muat ruang hall tu nak menampung sejumlah 500 lebih tetamu yang hadir... Maklumlah, masuk pun free, jadi berpusu - pusu lah orang yang datang... Pulak tu, mereka semua dapat berehat dan bersantai sambil menikmati hiburan yang berteraskan keislaman ini...

Yang aku tak sangka, mereka2 yang bukan Muslim pun datang sama... Ramai yang memuji persembahan Ustaz Akhil dan mereka merasakan satu keseronokan bila mendengar irama yang didendangkan...

Syukur, konsert berlangsung tanpa sebarang masalah... Dan aku berharap agar aktiviti begini dapat diteruskan dimasa yang akan datang, Insya Allah...

P/s:-
Aku mohon maaf sebab tak ambik gambar... Kamera tiada dalam tangan... :)


Buat mereka yang menganggap diriku sebagai rakan...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Wednesday, 8 August 2007

Early in the morning, aku dah kene 'kuliah' dengan boss aku... To certain people, it's a worst nightmare... But to me, I can accept it...

Aku tak kesah sebenarnya kalau bosses nak nasihatkan aku... Aku boleh terima dengan hati terbuka... Pulak tu, dah memang kerja dia orang untuk mengurus (bukan menguruskan badan ye... :) ) dan mengawalselia pencapaian kakitangan dibawahnya... Standardlah tu kan...

Cuma aku tak sangka, sesi perjumpaan yang sepatutnya sekejap, boleh jadi lama... Sampaikan isu peribadi turut disentuh... Aku pun terfikir gak, "eh... ni nak cakap pasal ape ni yek?..."

Actually, masa boss aku panggil tu, dia nak cakap something about my position in the department... Memandangkan aku join her unit baru 3 bulan, dia risau kalau aku merungut dengan tugasan yang diberikan... Dia takut, aku akan komplen dengan management menyatakan tugas yang diberi tidak setimpal dengan jawatan yang aku pegang...

Well, actually dia silap percaturan sebab aku bukanlah jenis yang suka memilih kerja... Apa yang supervisor aku bagi, aku buat aje tanpa sebarang bantahan dan bangkangan walaupun aku tahu dan sedar semua itu bukan dibawah bidang kuasa aku... Lagipun, aku selalu fikir, buat apa nak berkira kerja sebab at the end, tiada siapa yang akan buat dan kerja takkan selesai... Eloklah kiranya aku ambil risiko dan tanggungjawab tersebut dari awal... Bila semua siap, semua orang lega dan happy... And then, dari pengamatan aku, bukannya aku tak boleh buat kerja tu... Aku pernah alami situasi kerja yang jauh lebih teruk dari tu... So, ape yang nak dibimbangkan? Tambahan pula, it's a good platform for me to learn and build up my knowledge as well as my skills... Nothing to loose, actually...

So, cakap punya cakap, rupanya dia nak promote aku naik pangkat... Siap tunjuk lagi correspondance dia dengan Bahagian Sumber Manusia untuk proses kenaikan tu... Dalam hati aku, of course la happy giler sebab after 10 'wonderful' years of working here, barulah ada orang 'nampak' dan appreciate usaha aku... Kalau sebelum ni, banyak yang manis mulut aje... Action, hampas!

Boss aku ni bagus, aku suka cara dia menerangkan pada aku apa yang dia rasa... Walaupun dia perempuan, dia tak emosional macam sesetengah lady boss yang pernah aku jumpa... Dia siap bagi amanat, minta aku jaga reputasi aku dalam syarikat...

Lately ni, reputasi aku agak sedikit tercalar gara2 ada orang tidak berpuas hati dengan aku... Standardlah, mesti ada orang tak senang dengan apa yang kita miliki... Pasti mereka akan mencari kesilapan untuk menjatuhkan kita... Tulah kalau dah bekerja dalam syarikat yang ramai kaum @#%^&* (aku tak nak sebut, korang paham2 sendirilah...) Perasaan dengki mendengki dan busuk hati tetap ada... So kalau macam ni, macam mana kita nak maju???

Al-kisah, hamba Allah ni gie bagitahu kat boss aku ni, aku selalu mengular kat floor lain... Aku pun peliklah, macam mane boleh keluar statement ni? Padahal, aku memang sentiasa ada kerja... Yes, aku akui memang aku banyak bergerak ke tingkat lain tapi semua itu atas kapasiti kerja dan kalau tak pun, aku gie tu sebab orang perlukan bantuan aku... Dah orang panggil, takkan nak buat bodoh aje???

Tulah manusia, suka sangat berprasangka tanpa menyiasat terlebih dahulu... Last2 orang lain jadi mangsa...

Aku tak cakap pada boss aku situasi sebenar SEBAB aku tahu apa yang aku buat... Macam yang kawan2 aku cakap, "memang susah nak jaga hati semua orang, apatah lagi nak memenuhi kehendak masing2"... Setakat ini, aku cuma buat mana yang terdaya dan termampu sahaja... Yang selebih itu, pandai2 la korang nak hidup...

Rasa terharu bila boss aku sampaikan amanat pada aku dimana sampai diwaktu ini pun masih lagi terngiang ngiang dikelopak telinga.... "Bekerjalah kerana ALLAH dan BUKAN KERANA MANUSIA... Insya Allah, kita akan selamat dunia dan akhirat serta mendapat berkat!"... Actually, ada a few lagi amanat yang diberikan, tapi aku rasa ianya terlalu peribadi untuk dikongsi disini... Kalau cerita, mahu berderai airmata nih... :)

Terima kasih kepada boss aku dan aku berdoa agar aku dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dariNya... Amin...


Tuesday, 7 August 2007

Kenapa ya, manusia sekarang suka mengambil kesempatan diatas sesuatu yang bukan hak milik mereka? Kenapa mesti mempergunakan segala tipu helah asalkan keinginan dan nafsu dalam diri tercapai???

Kalau di ikutkan, memang aku tidak hairan dengan semua ini... Apatah lagi zaman sekarang dimana ramai diantara kita sentiasa berlumba lumba untuk memenuhi kehendak dan hawa nafsu dalam diri masing2... Zaman semakin moden, maka secara tidak langsungnya, segala isi kandung didalamnya juga turut berubah... Siapa yang mengubahnya?? Kitalah...

Aku terbaca satu artikel dalam e-mail yang aku terima dari seorang rakan mengenai isu HL Group ingin memindahkan tapak asal Universiti Malaya ke Sepang... What??!! Giler ape dia orang ni... Dia orang sedar ke tak ape yang nak pindahkan tu? Ingat itu rumah setinggan ke yang kau boleh sesuka hati nak pindahkan??? Alasan yang dia orang berikan, sebab nak majukan tapak UM tu sebagai pusat komersial terhebat dipinggiran Kuala Lumpur...

Non-sense!! Jelas sekali masing2 mempunyai kepentingan untuk memenuhkan poket sendiri... Hanya fikir tentang keuntangan dan kekayaan semata mata... Sikit pun tak pernah puas dengan apa yang dimiliki sampaikan salah satu khazanah negara pun nak ditibainya... Nasib baik Professor DiRaja Ungku Aziz dan seorang bekas pensyarah terkenal UM membangkang sekeras kerasnya cadangan pemindahan itu... And we are lucky, Pak Lah has AGREED and say 'NO' to the proposal... Alhamdulillah...

Bukan cerita ini yang ingin aku ketengahkan sebenarnya, but there is something I want to share with you... Something similar like the above scenario...

Masa aku tengah selak fail pelanggan yang bertimbun depan meja, aku tertarik dengan satu kes ni... Kalau aku cerita, rasanya mahu sampai esok pun takkan habis... But here, I'll summarize the whole story for you...

Aku nak tergelak pun ye, marah pun ye... Terkilan dan rasa tak sangka dengan apa yang aku baca dari fail pelanggan ni... Actually, pelanggan ni ada buat satu tuntutan kemalangan diri dengan syarikat aku... Dia memang ada beli polisi insurans dimana pelan yang ditawarkan ialah 100% untuk dirinya sahaja... Obviously, insurance will only cover himself and not for other person around him... Eventhough your family members are not entitle for any benefits if accident occurs unless you can prove you are the beneficiary...

Dipendekkan cerita, mamat yang sengal ni bawak ler awek dia gie jalan2, sampai tengah pagi buta baru nak balik... Berdasarkan laporan polis yang dia buat, dia hantar awek dia balik kerumah dalam pukul 2.30 pagi camtu (ape ke benda dia buat sampai pukul 2 pagi baru nak balik??)... Sampai kat rumah awek ni (apartment somewhere around Damansara) dia orang berdua ni telah dipau oleh 2 orang mamat Indon kat situ... Biasanya, kalau kene pau, kita masih lagi boleh lawan tapi dalam kejadian yang mamat ni alami, 2 mamat Indon tu bersenjatakan parang dan mengugut kalau tak ikut arahan dia orang...

Yang lawaknya, bila dah jadi macam tu, mamat ni boleh memboloskan dirinya dan terus melarikan diri seorang diri meninggalkan awek dia sorang2... Katanya, nak lari untuk dapatkan bantuan, tapi aku gerenti mamat tu takut... Dia siap cakap, dia tinggalkan awek dia ngan mat Indon tu selama 30 minit (waduhhh.. lama tuh!!!)...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Keratan laporan polis yang dibuat... Macam2 'rencah' diletak supaya kejadian nampak real...


Kalau akulah awek tu, dah lama dah penampar ni melekat kat pipi mamat nih! Ape ke jadah dia tinggalkan girlpren sorang2 ngan criminal diwaktu pagi buta dan gelap gulita tu? Buatnya kene rogol, kene bunuh macam mane? Pastu, bukan dia datang balik nak selamatkan awek dia, awek dia sendiri yang pergi carik dia!!! Bengong, jantan jenis ape ni???

Yang aku geram dan marah, dia boleh demand nak tuntut kerugian yang dia alami malam tu dengan company aku... Ape kes??? Kau tak cedera ape2 pun... Jangan kata cedera, luka sikit pun takde langsung, ada hati nak tuntut kerugian?... Yang cederanya, awek kau bukannya kau...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Keratan borang tuntutan yang di isi mamat sengal ni... Eh, ini dia yang cedera ke, awek dia yang cedera???


Dari rekod, aku dapat tahu yang dia banyak kali call marah2 kenapa claim dia tak bayar... Memang padanla tak bayar sebab bukan kau yang mengalami kerugian... Awek kau yang kena (which is takde kaitan dengan polisi insurans kau)... Lainlah wife kau dan memang ada ikatan dengan diri kau...

Gitulah perangai pelik manusia zaman sekarang... Last2 aku tengok, claim tu berbayar jugak... Entah ayat apa dia guna sampai boleh dapat tuntut balik, aku pun tak tahu... Tapi kalau aku yang handle kes ni, sorrylah aku nak tolong... Obviously kau mempergunakan syarikat aku untuk tuntut bayaran pampasan yang bukan hak engkau... Aku tak fikir mamat ni dapat duit claim, dia serahkan pada awek dia... Pulak tu, amaun melibatkan ratusan ringgit, banyak beb... Takkan nak bagi begitu aje kat orang lain???


Monday, 6 August 2007

Hari pertama di minggu kedua dalam bulan Ogos... Rasa seronok yang teramat sangat selepas 2 hari berehat dirumah...

Aku tidak kemana mana... Duduk terperap dalam bilik aku sambil layan Internet... Tapi kolum aku ni tak juga dikemaskini... Heheheheeeee... Tak de benda nak cerita, sebab tu tak de keluar entry baru... Nak pi jalan2 kat blog kengkawan, mood nak membaca lak takde... Nanti2 lah... :)

Cuma Jumaat lepas, balik dari office terus ke KL Convention Centre... Saje gie tengok barang2 IT yang dipamerkan dalam PC Fair II... Kononnye nak beli Bluetooth adapter untuk PC office, tapi tak gak berbeli... Entah, bila aku tengok aje benda tu, tak rasa nak beli pulak... Rasa macam takde kepentingan... Walhal, aku banyak transfer data dari PDA aku ni masuk dalam PC!! Eventhough boleh pakai USB cable, aku rasa lagi selesa pakai wireless Bluetooth... Tengoklah, kalau rajin petang karang aku ke Low Yatt...

On Saturday dan Sunday, entah macam mane aku jadi gian nak download MP3 dari internet... Sampai macam2 lagu aku sedut... Penuh folder "My Music" aku ni... Heheheheeeee.. Dari lagu Melayu ke lagu Omputih, semuanya ada... Yang paling best layan lagu dulu2... Ramli Sarip, Lefthanded, Search, Wings dan sebagainya... Tapi sayang, ada lagu yang aku nak, takde... Mungkin sebab terlalu lama sangat kot... Nak beli album, sure dah takde dah...

Download punye download, sampai tak sedar hari dah malam... Makan tengahari pun boleh skip!

Teruknya aku !!!!


Thursday, 2 August 2007

Aku rasa aku sedikit ketinggalan dalam bab2 cerita kat panggung wayang ni... Semenjak dua menjak ni, aku sedikit sibuk sehingga takde masa sangat nak pergi tengok wayang... Lately ni aje aku ade peluang nak pi GSC menonton cerita yang aku nak tengok sangat...

Mungkin korang ada yang dah tengok cerita2 ni...

Semalam, aku gie tengok Transformers... Sepatutnya aku gie tengok movie ni minggu lepas tapi macam yang aku cakap, aku tak sempat pun nak gie... Jadi, hari Isnin lepas aku gamble la tengok website GSC kalau2 Transformers masih lagi ditayangkan...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nasib aku baik, masih ada lagi showtimenya... Tapi tak banyak option sangat sebab movie nie dah lama dah ditayangkan... Sekarang, tengah hangat dengan action movie "Flash Point"... Eventhough showtime tak banyak, masa aku masuk panggung semalam, penuh gak! Aku pun pelik, aku ingatkan dah hujung2 nie tak ramai lah orang nak tengok Transformers ni... Sangkaan aku silap...

Aku memang suka tengok movie ni... Memang betul2 la ape yang korang cakap yang movie nie best! Effects yang digunakan sungguh cemerlang... Aku tak nampak pun sleck kat mana mana... Jalan cerita pun tak membosankan dan ada waktu, aku rasa macam aku sendiri yang jadi "Sam Witwicky" dalam cite tu... Heheheeeeeee.... So far, aku tak pernah ler tengok movie special effects yang sebaik ini... No wonderla ramai yang berpusu pusu nak tengok...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Seminggu sebelum tu, aku sempat gak tengok cerita Harry Potter and The Order of Phoenix... Oklah cite tu... Director yang buat cerita ni pandai sebab tang ending tu dia buat tergantung... So, kalau nak tahu, kena tengok cerita Harry Potter yang seterusnya; Harry Potter and The Half Blood Prince...

Kalau nak dibandingkan kedua dua cerita ni, aku lebih berkenan tengok Transformers lagi... Kalau ada peluang, aku akan tengok sekali lagi... Cerita special effects macam nie tak best tengok kat TV rumah... Tengok kat panggung baru happening!


 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.