Wednesday, 31 October 2007

Rasa happy giler!

Tau kenapa?

Sebabnya one of my buddy friend dah mula berblogging... Alhamdulillah, akhirnya terbuka juga pintu hatinya untuk menulis... Walaupun sebelum ni puas aku dok pujuk dia, alasan yang dia berikan ialah, "nantilahhh...."

Bertambah sorang lagi member blogging aku dan yang paling aku happy ialah he's one of my close friend... Walaupun sebelum ni dia tak pernah berblogging, tapi aku yakin dia akan biasa dengan semua ini dan Insya Allah akan lebih aktif menulis serta meng'apdet' blognya...

Aku.... Aku akan tetap menyokong dan memberikan semangat kepadanya supaya terus menulis dan berkenalan dengan member blogger yang lain... Insya Allah... Semoga permulaan ini akan menjadi sejarah yang tidak akan dilupakan baik untuk dirinya mahupun aku...

Good luck!... Thanks for your trust and support to me also...


Sunday, 28 October 2007

Kalau semalam, aku bertandang kerumah kawan yang berhampiran, hari ini jadual aku agak sedikit pack dengan jemputan rumah terbuka yang lokasinya agak boleh tahan jauhnya... And then bukan satu tempat aje yang aku kena pergi... Quite a few...

Al maklumlah, dah nama pun beraya... So, elok sangatlah aku berjalan... Lagipun, hari ini hari minggu... Kalau duduk terperap aje kat umah, bosan pulak...

So, destinasi pertama rumah terbuka yang aku pergi hari ini terletak kat Bukit Beruntung... Yeap, tempat 'jin bertendang' tu... Anyway, tempat ni memang cantik tapi again sesuai untuk mereka2 yang dah pencen la... Kalau masih lagi bekerja, aku rasa tak sesuai kot tinggal kat sini sebab lokasinya yang terlalu jauh dengan pusat bandar Kuala Lumpur... Walaupun ada highway, dari segi jarak memang jauh giler!... Dengan tol dan minyak, berapa nak kena spend sebulan???...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
My travelling companion... Sibuk aje nak posing time2 nak ambik makanan... :)

Aku bertolak dari rumah dalam pukul 2.00 petang menyusuri Jalan Batu Caves-Selayang-Rawang... Memula ingat nak ikut highway Duta aje tapi bila fikir2 balik dengan nak kena pusing balik; and then tol lagi, leceh la pulak... So, tu yang decide ikut jalan lama tu...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Menu utama... Nasi tomato!!!... Favourite aku.... Heheheheee... :)

Yang aku geramnya, bila sampai aje kat area Batu Caves tu, macam biasalah... Sana sini tersangkut... Angin aku dalam kereta... Nasib baik Honda City kawan aku tu auto... So rileks la sikit... Sambil2 tu dengar lagu Siti Nurhaliza... Member yang duduk belakang dah mula mamai2 nak tidur...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Antara yang hadir dan anak2 mereka...

Nak cari rumah yang dimaksudkan, memang tak susah... Peta memang sentiasa berada dalan tangan... So, ikut ajelah jalan dalam peta tu... Jalan punya jalan, akhirnya sampai juga... Aku terkasima sekejap bila melihat rumah yang tersergam indah disitu... Standardla kot... Lokasi pun dalam Kelab Golf Bukit Beruntung, so kebanyakkan rumah kat situ memang banglo style la... Kalau aku, aku rasa aku tak boleh duduk lama kot... Sunyi sepi dan takde life kat situ... Cuma rumah2 orang aje... And then, belum tentu semua pemilik rumah kat situ mendiami rumah masing2... Aku tengok macam kosong tanpa berpenghuni aje...

Tuan rumah cukup pandai menghias rumahnya... Bentuk rumah seperti banglo biasa... Taklah nampak terlalu mewah sangat, tapi cukup luas... Halaman rumah cukup besar dan aku sangat suka dengan reka bentuk landskap yang ada... Simple tapi menarik!... Disatu sudut, terdapat satu kolam ikan yang aku rasa dibina sendiri oleh tuan punya rumah...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kolam ikan yang banyak ikan!... Cantik2 dan gemuk2 lak tu...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Si Azim... Budak ni memula malu2 ngan aku.. Lelama, terus melekat... Heheheeheee

Dibelakang pula, backyard tidak dibiarkan kosong begitu sahaja... Tanah lebihan diisi dengan pepohon nyiur yang meredupkan pandangan... Nampak tersusun dan cantiklah... Ada pula bangsal yang beratapkan daun rumbia yang dijadikan tempat untuk bersantai dipetang hari... Angin pulak, sepoi2 bahasa meniup kearah kami seolah olah macam paham aje2 kami sedang duduk bersantai disitu... Waduhhhh... Aku rasa tuan rumah sudah merancang semuanya... Penggunaan ruang dan landskap sungguh menarik hati aku... Setiap sudut ada saja yang menarik perhatian...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bangsal kat belakang umah... Best 'landing' kat sini...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Si Pijah yang tak nak ketinggalan ber'posing'.... Tu mata dah kuyu dah tu...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pokok nyiur/rumbia yang tersusun rapi... Cantik dan kemas!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kawasan hadapan rumah... Nyaman dan segar....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Laman rumah yang luas!... Kalau kenduri kendara senang ni...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ehhh... Aku ni dah mula merepek... Ni nak cite pasal open house ke, pasal umah orang?

Tapi sebenarnya, bila kita datang beraya rumah orang, antara aspek yang kita lihat ialah rumah orang itu sendiri... Sedikit sebanyak, kita mesti nak tengok apa yang ada didalam dan diluar rumah... Sama ada tuan rumah pandai atau tidak menghias rumahnya... Sebab itu bila tibanya Hari Raya, kita diwajibkan untuk mengemas kediaman kita supaya orang yang datang berasa seronok dan selesa...

Dekat pukul 5.00 aku dan rakan bertolak pulang ke Kuala Lumpur... Destinasi seterusnya ialah kerumah member officemate aku di Taman Dagang... Sebelum tu, kami ingat nak pi serang rumah ex-boss kami di Saujana Utama, Sungai Buloh... Tapi bila kami call, dia tiada dirumah kerana pergi beraya di Shah Alam... Katanya, ada dua tiga rumah lagi yang dia nak pergi... Heheheheeee....

Entah betul, entah tidak ex-boss aku tu... Bila kami pesan minta dia balik sekejap, macam2 alasan yang dia bagi... Ape2 jelah... Heheheheheeeee....

Waktu balik, aku ikut highway Utara-Selatan dan masuk semula ke Rawang... Konon2 nya nak cut short the journey la... Rupanya, masuk aje terus tersangkut dalam jam... Rasa macam jauhla pulok... Nasib baik slow moving... Kalau tak, bercinta la aku dalam kereta... Lepas aje Rawang, kami terus masuk ke MRRII menuju ke Ampang... Perjalanan tu takla selancar macam kat highway tadi... Still jalan jam especially kat Persimpangan Taman Melati - Ulu Klang... Kereta banyak giler pulak time ni... Haaaaiiihhhh....

Ketika Honda City yang aku pandu tu merentasi jalan yang jam, tiba2 kami disondol dari belakang! Tendengar bunyi dentuman yang kuat... Kami dalam kereta terkejut giler dan meninjau rear mirror sambil melihat si hawau mana yang cium bontot kereta kami...

"Alahhhhh... Celaka betul la.... Tak nampak ke jalan jam kat depan???... Bangang betul !!!....." maki kawan aku merangkap tuan punya kereta...

Dengan perlahan, aku menghimpit ke kiri untuk berhenti melihat keadaan kereta... Kemek/calar ke tidak... Sambil2 tu mata aku tidak lepas melihat kereta yang menyondol kereta kami... Pada mulanya aku tengok driver tu pun macam nak berhenti dan mengekori kami, tapi tiba2 dia membelok ke kanan meneruskan perjalanan...

"Ehhh.... dia nak lari pulak????" kata aku...

Bila kereta si hawau tu melepasi kereta kami, kelihatan seorang driver perempuan memandu Iswara bernombor pendaftaran WGJ 412, warna merah dengan selamba aje jalan sambil buat tak tahu... Disebelahnya, kelihatan seorang lelaki bermisai dalam lingkungan 30-40an melihat kami yang berada ditepi sambil menggelengkan kepala memberi isyarat tiada apa yang berlaku... Aku suspect lelaki itu mungkin suami kepada pemandu berkenaan kerana di tempat duduk belakang kelihatan beberapa budak kecil...

"Dia bodoh ke ape???" maki kawan aku...

Aku pun dah mula berasap, dengan jalan jam, aku terus drive semula kejalan dan mengejar si hawau tadi... Kawan aku siap snap gambar dan bila aku memotong dan cuba menyaingi kereta Iswara tersebut, sekali lagi kawan aku menangkap gambar pemandu kereta yang tak guna tu untuk dijadikan bahan bukti...

"Report!... Ko jangan tak report!! Orang macam ni memang kena ajar sikit!!!..." Member yang duduk dibelakang bersuara...

"Dah sondol kereta orang, sesuka hati aje buat tak tahu... Bukan nak berhenti setel ke ape... Tak guna !!!"

Bila sampai Taman Dagang, hari dah dekat nak Maghrib... Sempat gak ler aku solat Maghrib dirumah kawan aku tu... Actually, kami tak janji pun nak datang rumah dia... Saje member aku call ngusik dia sebab selama kami bekerja bersama sama dia, dia memang tak pernah buat open house... Last 3 years, dia baru aje berpindah dari Keramat ke Taman Dagang ni... Biasanya, orang baru pindah rumah, akan buat sedikit jamuan makan2 (house warming)... Tapi dia memang tak pernah buat... Asal orang tanya, dia sentiasa tangguh2 kan... Heheheheheee...

So, bila member aku call dan cakap kami nak datang, dia pun cakap, "datang la..."

Terkejut gak kami dia bagi datang... Heheheeeee... Tu yang dari Bukit Beruntung terus menuju ke Taman Dagang... Walaupun jalan jam, kami tetap gigih untuk pergi rumah dia... Makan2 dan sembang2... Jam 8.00 baru kami beredar... Tu pun sebab mak aku dah telefon suruh aku balik kerumah... Hari dah mula hujan... Sat lagi family aku nak ke Taman Kosas sebab cousin aku pun ada buat open house gak... Kalau lambat keluar, sure tak sempat nak singgah rumah cousin aku tu...

Gitulah cerita aku hari ini... Ada cite best, ade gak cite tak best... That's life... Tapi aku tak suka fikir yang negatif lebih2 lagi musim raya ini... Benda yang tak sedap tu, aku pendamkan aje...


Saturday, 27 October 2007

Tadi, aku singgah umah member satu office aku kat Kampung Kerdas, Gombak... Few kilometres aje dari umah aku... Kata member, dia ada buat makan2 sikit... Bukanla open house tapi makan2 aje...

Dia malas nak jemput ramai2 so, adelah a few; kesemuanya member department aku aje... Tu pun bukan satu department, cuma kenalan terdekat aje dijemput...

Aku fikir, adakalanya masuk akal gak... Dia cakap ngan aku, nak buat open house ni leceh sebenarnya... Satu, kau nak kena masak (kalau tak engage caterer) untuk kuantiti yang banyak... And then, kau nak kena sediakan tempat untuk orang makan dan tempat untuk mereka duduk borak borak... Paling tidak, khemah kena didirikan dihadapan rumah... Kalau semuanya nak sumbat dalam rumah, mahu roboh segala tiang rumah tu... Heheheheeee....

And then, nak kena menjemput pulak orang... Dan harus diingat, bila menjemput, orang tak semestinya akan datang sebab orang lain pun ada gak buat open house... So, peratusan yang akan ada tu tidak diketahui... Mungkin ada yang datang, mungkin ada yang tak dapat datang.... Again, benda ini akan mempengaruhi jumlah makanan yang nak disediakan... Berisiko tu... Kalau ada orang datang, maka selamatlah... Buatnya masak banyak2 tapi orang tak datang; ape pula ceritanya???...

Macam aku, aku memang dah lama giler tak buat open house... Bukan tak nak buat, tapi peristiwa satu ketika dulu tu banyak mengajar aku... Aku jadi fobia nak buat open house... Nyaris2 orang tak datang rumah aku... Bukannya tak jemput atau tak berjanji, semuanya aku dah uruskan awal2 lagi... And then bila tiba harinya, aku dah siap masak macam2, last2 dua tiga kerat aje yang muncul... Aku dah mula risau dah sebab makanan banyak lagi... Nasib baik dia orang muncul dah tengah malam... Phewwww....

Itulah kali terakhir aku buat open house kot... Tak silap aku tahun 2002... Selepas tu, ramai la yang tanya aku ada buat open house tak?... Dengan berat hati, aku cakap, "Tak kot"...

Gitulah... Tapi kalau ada member yang nak datang rumah, aku tak kesah... Aku prepare la something untuk dia orang... Tapi kalau nak jemput ramai2 tu, tak lah kot... Mane yang nak singgah dan datang beraya, aku OK aje... Rumah aku ni sentiasa terbuka untuk semua kawan2 aku...

P/s:-
Kalau korang nak datang, jangan ler datang mengejut... Inform aku siang2, at least aku boleh prepare something... Kalau korang datang tak bagitau, aaa... nasibla... Makan jelah ape yang ada... And then, kalau aku takde kat umah... Sorry la yek... Heheheheheeeeeee....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Masing2 tengah mengadap kuih raya... :)


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Anak2 mereka yang hadir... Biasalah budak2... Lasak!


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Antara cik abang mereka yang hadir...



Thursday, 25 October 2007

Phewww..........

Tak tahu nak cakap macam mane... Aku rasa macam bebanan yang ada atas kepala aku ni dah hilang... Kalau nak digambarkan, ibarat memikul kayu balak yang besar dan sekarang balak tu dah diturunkan dari pikulan aku... Lega selega leganya...

Aku baru balik dari kolej tadi... Hari ini adalah hari penentuan buat diriku... Setelah dua bulan aku memerah otak mempelajari selok belok ilmu yang aku tuntut, aku rasa bersyukur kerana semua telah selamat dan selesai...

Peperiksaan yang berlangsung selama 3 jam tadi memang banyak menduga dan mencabar kewibawaan aku sebagai seorang 'pelajar' separuh masa... Aku rasa, otak aku ligat berputar memikirkan apakah jawapan yang paling tepat untuk setiap soalan yang keluar... Kadang kala, terbit rasa ragu2 dalam hati, "eh... betul ke jawapan yang aku tulis ni????"....

Pena menari dengan pantas diatas helaian kertas jawapan yang berada didepan mata... Sekali sekala, aku mengintai jam di dinding... Melihat kalau2 aku berada dalam waktu yang sepatutnya... Takut juga kalau aku tak sempat nak jawab semua soalan yang diarahkan... Bayangkan, dalam masa 3 jam, aku harus menjawab 8 soalan pendek sebelum beralih ke bahagian esei yang memerlukan aku menjawab 4 lagi soalan... Keempat empat soalan itu pula memerlukan aku menulis karangan panjang dimana point dan penerangan harus diberikan untuk setiap satu...

Rasa macam nak menangis aje bila tangan aku dah mula cramp dan kaku... Jari hantu sudah mula membengkak!... Adehhhh... Rasa macam nak menjerit pun ada... Sakit dan lenguh tanganku ini menulis karangan yang panjang itu... Tapi nak buat macam mane, aku takde pilihan dan terpaksa melalui saat saat getir; menahan sakit kerana mengejar masa... Andai kata kalau aku berhenti menulis, sudah tentu aku tidak sempat nak siapkan semua soalan...

"Kan best kalau aku dapat taip aje semua jawapan ini... Kemas dan bersih aje... Takde comot sana sini...." bisik hatiku lagi...

Tapi itu tidak mustahil kerana secanggih mana pun teknologi, sudah pasti peperiksaan akan dilakukan dengan cara menulis... Kalau pakai komputer, bukan peperiksaan la namanya... Senang aje orang nak meniru dan menipu... Heheeheheee...

Tepat jam 1.00 tengahari, aku meletakkan pen dan menyemak jawapan aku... Sekali sekala aku membelek setiap mukasurat memeriksa kalau2 ada jawapan yang perlu ditambah... Bila dah puas hati, kertas jawapan dihantar dan ketika itulah aku rasa bebas dan lega... Hilang segala kebimbangan aku selama ini...

Sepatutnya, aku terus balik ke office sebab aku tak apply cuti untuk hari ini... Last2 aku melencong ketempat lain... Al-maklumlah, nak rileks dan melayan perut yang sudah lama berkeroncong... Terus aku dan kawan2 yang lain ke Mid Valley untuk menjamu selera sambil borak2... Dekat pukul 3.00 lebih baru masuk office.... Nasib baik boss aku tak kisah...

Heheheeeeeeeeeee......

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Antara muka muka gembira selepas exam...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Masing2 tersenyum kelegaan... Pastu, makan tak ingat dunia... Takpe, belasaaaahhhhhh...



Friday, 19 October 2007

Aku dapat semua petua ni dari e-mail yang diforwardkan oleh kawan aku... Memang berguna semua petua ni especially time 'kecemasan'... Baca dan ingat2 lah...
~Reez~



1. Pening Kepala:
Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. Sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.

2. Lemah Otot:
Ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. Kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.

3. Demam Selsema:
Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.

4. Susah Hadam:
Rebus bawang merah bersama kulitnya. Kemudian kupas bawang itu. Bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. Amalkan selalu.

5. Serangan Angin:
Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. Kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. Kacau dan minum campuran itu setiap hari.

6. Serangan Cacing:
Amalkan meminum air rebusan bawang merah setiap hari.

7. Menghilangkan karat kepada pakaian:
Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus. Kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. Biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.

8. Hampas teh suburkan tanaman:
Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.

9. Mengatasi sengal tulang:
Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. Sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi.

10. Merawat kulit berkedut:
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

11. Daun puding atasi gatal:
Bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. Lumurkan keseluruh kulit kepala. Bungkus kepala dengan tual bersih selama satu jam. Akhir sekali bilas rambut dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

12. Legakan sakit gigi:
Celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang sakit.

13. Segarkan mata:
sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

14. Kunyit atasi hidung bayi tersumbat:
Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. Awas! Jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.

15. Kulit limau hilangkan bau badan:
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

16. Mengurangkan dengkur:
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

17. Cara menghilangkan ketuat:
Sapukan getah dari pelepah betik yang depetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

18. Menaikkan seri muka:
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. Amalkan selalu.

19. Mengelakkan nafas berbau:
Sangar hampas kelapa hingga kuning. Amalkan mengunyah hampas kelapa itu. Jika anda tidak sukakan rasanya, anda boleh saja meluahkannnya. Minumlah air suam selalu.

20. Limau nipis mewangikan rambut:
Potong dua biji limau nipis melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. Gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. Biarkan beberapa minit sebelum dibilas.

21. Mengelakkan cermin kenderaan kabur:
Basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis syampu mandian ke atasnya. Laplah bahagian luar dan dalam cermin kerderaan anda dengan menggunakan tuala tadi.

22. Mengelak keguguran rambut:
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala se-eloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

23. Ubati bibir yang pecah:
Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian di minum beberapa kali.

24. Menghilangkan kembung perut.
Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. Kemudian layurkan ke atas api selama dua minit. Setelah itu, daun yang masih panas ditekapkan kepada perut.

25. Atasi tumit pecah:
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

26. Ubat sakit angin:
Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.

27. Menghaluskan kulit muka:
Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

28. Melembutkan tapak kaki:
Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya.

29. Mengatasi mabuk perjalanan jauh:
Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. Minum ketika suam. Amalkan selalu.

30. Menghapuskan urat timbul di kaki sewaktu mengandung:
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

31. Mencantikan telur rebus:
Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. Masukkan kulit bawang merah ke dalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. Kemudian rebuskan kembali telur itu.

32. Menghalau semut:
Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.

33. Mengelakkan lipas:
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. Apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.

34. Mengelakkan sawang atau sarang labah-labah:
Bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang labah-labah. Kemudian celupkan penyapu sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat itu.

35. Hilangkan lebam di bawah mata:
Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali.

36. Menghilangkan bau mulut:
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

37. Merawat sakit lecur:
Titiskan cecair spirit ke atas gelembung lecur.

38. Meredakan batuk:
Rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk selama semalaman di dalam jag berisi air masak. Berikan minuman ini kepada orang yang batuk sekerap mungkin.

39. Mengembalikan seri muka selepas bersalin:
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu seeloknya pada waktu pagi dan malam.

40. Mencantikan kulit janin:
Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti terhindar dari mendapat ruam lampin.

41. Mengembalikan kesegaran kepala:
Ramas tujuh biji limau nipis yang telah diputong melintang ke dalam bekas air suam. Tapis air limau itu dan lumurkan kepada kepala selama sepuluh minit. Kemudian barulah dibilas. Lakukan diwaktu petang.

42. Menghaluskan kulit muka:
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

43. Mencabut kutu babi:
Petik daun sirih bersama tangkainya dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi. Selepas itu ianya akan menjadi senang untuk dicabut.


Wednesday, 17 October 2007

Bila aku sampai di pejabat pagi tadi, aku rasa office aku macam aku yang punya...

Mana taknye, bila aku check attendance dan aku bilang bilang, berapa kerat aje yang ada... Well, it does make sense sebab masih ramai lagi yang berada di kampung halaman menyambut Aidilfitri...

Yang datang bekerja pun terdiri daripada mereka yang takde kampung (orang KL) dan rakan2 yang bukan beragama Islam... Aku dari awal memang dah jangka dari awal dan bagi aku, saat ini adalah saat paling gembira dan menyeronokkan... Tahu kenape?


  1. Bila aku dalam kereta on the way nak ke office, aku rasa macam agong la pulak... Sebijik dua aje kereta yang berada diatas Jalan Mahameru tadi... Lengang giler!... So, bila dah kosong macam tu, ape lagi... Aku tekan ler habis habisan... Ade kot cecah 140km/j... Macam kat atas highway lak... Heheheheeeeee.....

  2. Sampai office, masuk tempat parking rasa macam masuk bangunan yang ditinggalkan orang aje... Takde kereta langsung... Sampai pun pagi2 buta... Padahal aku bertolak dalam pukul 7.30 pagi dan sampai dalam pukul 7.50 pagi... Kalau hari biasa, Basement 4 (tempat yang aku selalu parking kereta) dah penuh dengan kenderaan... So, terpaksa turun Basement 5

  3. Masuk pejabat, sejuk je mata aku bila tengok tempat duduk aku... Bersih dan kosong... Takde file berselerak sana sini seperti hari biasa... Kan alangkah baiknya kalau hari2 macam ni???

  4. Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Keadaan tempat duduk aku pagi tadi... :)

  5. Duduk kat pejabat, macam biasalah rutin selepas balik dari cuti raya... Aku akan bawak keluar segala balang kuih dan letakkan atas meja... Heheheheeeee... Sesi 'mengadap' bermula... Aku hantar e-mail pada kawan2 yang datang kerja hari ini, jemput dia orang datang tempat aku untuk makan kuih raya... Sambil2 tu, borak2 la cerita pasal pengalaman dan aktiviti hari raya masing2... Sudahnya, aku tak buat kerja... Heheheheeee... Nak buat kerja macam mane? Mood takde lagik...

  6. Rasa seronok sebab office aku senyap sunyi hari ini... Kalau bising pun sebab ada orang berborak... Selalunya, akan kedengaran bunyi telefon... Sekejap kat sana, sekejap kat sini... Krenggg sana... krengggg sini... Pening kepala aku... Pastu bunyi printer dot matrix berjalan... Zzzreeeetttt... zzzreeettt... Adehhhh... Hari ini, aman sikit sebab ramai cuti, dan customer pun tahu, orang tak balik dari cuti raya lagi, jadi deringan telefon memang tak ada...
Gitulah ceritanya... Sebab tu aku suka datang kerja awal2 dalam minggu raya... Ada gak kebaikan sebenarnya... Tapi tulah, kadang2 terfikir gak... Aku kat sini dah mula bekerja, orang lain seronok gie jalan2 makan ketupat, rendang dan sebagainya...

Ada sesiapa tak nak jemput aku datang umah korang??? Muka tak malu betul aku ni... Heheheeee...


Tuesday, 16 October 2007

Something worth sharing with all of you... Got it from e-mail which was sent by someone... Thanks to the original writer...
~Reez~

Slow down for three minutes to read this. It is so worth it. Touching words from the mouth of babes.

What Does Love Mean?

A group of professional people posed this question to a group of 4 to 8 year-olds, "What does love mean?". The answers they got were broader and deeper than anyone could have imagined. See what you think:


"When my grandmother got arthritis, she couldn't bend over and paint her toenails anymore. So my grandfather does it for her all the time, even when his hands got arthritis too. That's love."
- Rebecca, age 8


"When someone loves you, the way they say your name is different. You just know that your name is safe in their mouth."
- Billy, age 4


"Love is when a girl puts on perfume and a boy puts on shaving cologne and they go out and smell each other."
- Karl, age 5


"Love is when you go out to eat and give somebody most of your French fries without making them give you any of theirs"
- Chrissy, age 6


"Love is what makes you smile when you're tired."
- Terri, age 4


"Love is when my mommy makes coffee for my daddy and she takes a sip before giving it to him, to make sure the taste is OK"
- Danny, age 7


"Love is when you kiss all the time. Then when you get tired of kissing, you still want to be together and you talk more.

My Mommy and Daddy are like that. They look gross when they kiss"
- Emily, age 8


"Love is what's in the room with you at Christmas if you stop opening presents and listen"
- Bobby, age 7 (Wow!)


"If you want to learn to love better, you should start with a friend who you hate"
- Nikka, age 6
(we need a few million more Nikka's on this planet)


"Love is when you tell a guy you like his shirt, then he wears it everyday"
- Noelle, age 7


"Love is like a little old woman and a little old man who are still friends even after they know each other so well"
- Tommy, age 6


"During my piano recital, I was on a stage and I was scared. I looked at all the people watching me and saw my daddy waving and smiling.

He was the only one doing that. I wasn't scared anymore"
- Cindy, age 8


"My mommy loves me more than anybody. You don't see anyone else kissing me to sleep at night"
- Claire, age 6


"Love is when Mommy gives Daddy the best piece of chicken"
- Elaine, age 5


"Love is when Mommy sees Daddy smelly and sweaty and still says he is handsomer than Robert Redford"
- Chris, age 7


"Love is when your puppy licks your face even after you left him alone all day"
- Mary Ann, age 4


"I know my older sister loves me because she gives me all her old clothes and has to go out and buy new ones"
- Lauren, age 4


"When you love somebody, your eyelashes go up and down and little stars come out of you" (what an image)
- Karen, age 7


"Love is when Mommy sees Daddy on the toilet and she doesn't think it's gross"
- Mark, age 6


"You really shouldn't say 'I Love You' unless you mean it. But if you mean it, you should say it a lot. People forget"
- Jessica, age 8


And the final one -- Author and lecturer Leo Buscaglia once talked about a contest he was asked to judge. The purpose of the contest was to find the most caring child. The winner was a four-year-old child whose next door neighbor was an elderly gentleman who had recently lost his wife.

Upon seeing the man cry, the little boy went into the old gentleman's yard, climbed onto his lap, and just sat there.

When his mother asked what he had said to the neighbor, the little boy said,

"Nothing, I just helped him to cry"


Monday, 15 October 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Assalamualaikummmmm.... Cik, kita orang datang nak rayaaa...."

Kedengaran suara kanak2 kecil memekikkan salam dari luar rumah aku... Daun pintu dikuak seraya mak aku menjemput mereka semua masuk... Adalah dekat 10 orang semuanya... Kecik2 belaka dan comel2...

"Ni datang dari mana nih?... Comel2 semuanya..." mak aku bertanya pada kumpulan kanak2 yang datang beraya kerumah aku... Aku yang waktu itu sedang leka menaip kertas kerja dalam bilik terus keluar menjenguk keadaan...

"Kita orang datang dari umah belakang cik... Saje jalan2 gie beraya..." sambut salah seorang dari mereka...

Bukan main petah lagi budak2 kecil ni bercakap... Ramah sungguh melayan orang tua tanpa rasa segan silu seolah olah mereka semua sudah biasa dengan keluarga aku... Aku lihat mereka semua, seperti tidak pernah kulihat sebelum ini... Mungkin mak aku kenal sebab sepanjang masa dia berada dirumah... Aku; siang hari sibuk dipejabat... Matahari belum naik aku dah tercegat kat office, bila tenggelam belum tentu aku dah balik kerumah...

Aku perhatikan mereka, melayan apa yang patut... Actually, budak2 kecil ni bukan datang nak beraya sangat... Bukan nak makan apa yang dihidang diatas meja makan... Mereka cuma inginkan duit raya... Maklumlah, itu aje daya penarik buat si kecil bila tibanya Aidilfitri...

Not to blame them, but this is part and parcel of the celebration itself... To me, I'm OK with it as long the practice doesn't corrupt their mind (always think about money saja)... Lagipun, mereka tu budak kecil, apalah sangat yang mereka tahu?

Aku masih ingat lagi ketika aku kecil2 dahulu... The same age like them... Aku sendiri pun buat benda yang sama... Dengan muka tak malunya pergi redah rumah orang yang aku sendiri tak kenal... Main hentam saje janji dapat duit raya!... Bayangkan, satu kampung aku berjalan... Dari hulu sampailah kehilir... Dari atas sehinggalah ke lembah... Pernah sekali tu, aku sampai beraya rumah orang yang terletak kat Karak Highway sana... Aku sendiri tak tahu macam mane aku boleh sampai situ... Aku ikut aje kawan2 aku berjalan...

Dari pagi membawak ke Maghrib... Adehhhhh... Betul2 kerja gila dah tak senonoh.... But what to say, begitulah aku waktu zaman kecik2 dulu... Bila tiba aje Hari Raya, akulah orang paling seronok... Tak sabar dan sanggup bangun pagi2 buta semata mata nak bersiap untuk pergi beraya... Sebelum tu, sempat buat planning lagi, panggil semua geng2 sepermainan aku untuk pergi berjalan... Siap aim rumah mane nak pergi dulu, arah mane nak jalan dulu...

Ade satu peristiwa lawak waktu aku kecik2 dulu... Benda ni jadi waktu nak pergi beraya rumah orang... Dek kerana taksub sangat, sekali tu kami terpergi rumah orang Cina... Mula2 tu, memang aku dan kawan2 lain tak perasan sebab rumah tu cuma rumah papan (kampung) yang terletak dalam kawasan perkampungan Melayu... Kami pun bagilah salam banyak kali tapi tak gak berjawab... Intai kedalam, kedengaran suara televisyen dan sayup2 orang berbual bual... Last2 kami nekad serbu masuk... Bila dah sampai depan pintu rumah, terkejut beruk aku dan kawan2 melihat ada amoi dan bapak dia tengah menikmati hidangan...

Kami berpandangan antara satu sama lain... Muka aku selamber aje cuma bila uncle tu tengok aku macam tercengang... Terus aku cakap "Sorry uncle... Sudah salah rumah..." Dengan pantas, aku bukak langkah seribu meninggalkan kawan2 aku yang lain... Nasib baik rumah uncle tu takde anjing... Kalau tak, maka habislah aku kene kejar!

Bila tiba malam hari, adalah waktu paling best... Ape lagi kalau bukan waktu mengira duit raya... Masa siang, penuh kocek baju Melayu aku dengan duit syiling... Waktu dulu2, orang tak guna duit kertas kalau nak bagi duit raya... Kalau guna pun, untuk duit RM5 keatas... Kalau dapat duit raya banyak tu, memang bertuah! Tapi rasanya belum pernah orang kasi RM5 sebagai duit raya sebab nilainya terlalu tinggi!...

Dulu, orang suka bagi syiling 50 sen dan syiling emas RM1... Sekarang, syiling RM1 tu dah dimansuhkan dan digantikan dengan wang kertas... Bayangkan kalau tiap2 rumah bagi RM1, kalau 1o rumah dah RM10... Biasanya aku dan kawan2 banyak berjalan... Lebih dari 10 rumah aku pergi... Jadi, bila balik kerumah, memang penuh giler la kocek... Berat dan kembung...

Begitulah aku waktu kecik2 dulu... Begitu nakal dan teruk sekali... Semua tu tinggal kenangan... Bila aku lihat kanak2 yang datang kerumah aku, aku tersenyum keseorangan bila mengenangkan diri aku waktu kecil2 dulu... Tak ubah macam dia orang semua... Jalan ramai2 memakai baju Melayu warna warni... Dengan muka comotnya... Adehhhh....

But now, I'm grown up... Semua tu tidak akan berulang kembali... No more jalan2 kerumah orang untuk beraya... But seriously, I missed that old time... Rasa macam nak putar aje masa dan kembali semula kezaman itu...

So today, dah masuk hari ke-3 Syawal... Alhamdulillah... But I don't know what's going on with me... Aku rasa macam this year aku tak beraya aje... Rasa macam mood raya tu takde eventhough aku cuba untuk create one... Aku memang bersyukur kerana aku telah berjaya menempuh dugaan dibulan Ramadhan... Beramal apa yang patut, but still.... Aku rasa macam ade aje kurang... Rasa macam raya tak raya aje...

Entahlah, I guess because kesibukkan membuatkan aku jadi begini... Satu lagi, my big day is coming this 25th which I have only few days left before it starts... So, because of that, all my feelings towards raya is gone!... My mind is consumed for other things so I admit that this years' raya is not the same like my past raya... Furthermore, my 2 other good friends are not around, so I'm alone again...

So sad, isn't it? But no worries because I'm gonna get thru it anyway... By the way, I have some other important things to look at...

This year, my routine is the same... Aku tetap bertandang kerumah saudara mara aku... Cuma this year, aku tak tahu sama ada sempat ke tak aku nak beraya kerumah kawan2 aku... Masing2 pun sibuk dan aku tidak mahu mengganggu mereka... Perhaps, next year... Insya Allah...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku nak ucapkan terima kasih kepada seseorang yang telah memujuk dan memberi nasihat kepada aku supaya tidak menutup blog ini buat sementara... Thanks sebab menyokong aku selama ini dan aku sendiri tidak menjangka yang dia suka melawat dan membaca blog aku yang entah ape2 ni... Dia seorang rakan yang baik, yang banyak memberikan nasihat dan pandangan pada aku... Kalau tak kerana dia, mungkin aku akan teruskan dengan apa yang aku rasa... He deserve more that what he gave me... I'll always pray for you my friend... I always will...

Anyway, I just leave this blog open... Aku mungkin tidak mempunyai banyak masa untuk update tapi Insya Allah, jika ada kesempatan, aku akan update... Furthermore, kalian bolehlah membaca entry aku yang sebelum2 ini...

Thanks for the support and again, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat anda semua!


Friday, 12 October 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hmmm...

Esok dah nak raya... Aku masih kat umah; sibuk mengalih, mengelap, mem'vacuum, menyapu, mengangkat, menyusun segala perabot dan peralatan dalam rumah aku... Sejak semalam, aku tak henti2 buat kerja... Nasib baik aku dah cuti... Bolehlah kiranya aku concerntrate mengemas rumah aku yang dah memang macam tongkang pecah! Adehhhh....

Sebelum aku sambung semula kerja2 aku dan mula sibuk balik, aku nak mengambil kesempatan ini mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri

pada semua teman2 blogger yang telah melawat laman blog aku yang tak seberapa ini... Aku juga ingin menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf atas segala ketelanjuran dan kekasaran bahasa dan tingkahlaku aku pada kalian semua... Pada para pelawat, terima kasih kerana sudi bertandang... Tanpa anda, siapalah aku...

Aku juga ingin berpesan, pada yang memandu untuk pulang ke kampung halaman mahupun nak pergi berjalan kerumah kawan2, berhati hatilah dijalan raya/lebuhraya... Ingatlah kat aku ni haa (muahahahahahahaaaaaa...) dan orang tersayang! Dia orang semua menanti kalian...

Aku rasa pasni agak susah untuk aku update blog aku ni... Mungkin buat sementara waktu, aku akan tutup blog aku sebab nak beri perhatian pada perkara lain... Insya Allah, bila keadaan mula kembali normal (errr... tak normal ke kehidupan aku sekarang? Huhuhuhuuuuu...) aku akan kembali aktif semula kedunia yang telah menemukan aku dengan kalian semua...

Thanks for all your support dan ingat2 lah aku selalu yek...

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Reez sekeluarga...

Gambar : Ikhsan dari fantabulous.unic.net.my. Terima kasih!



 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.